Monday, May 24, 2010

Pena pertama

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Nama saya ialah Mohammad Buhari bin Aris. Nama panggilan ialah Boo. Umur saya adalah 22 tahun. Saya lahir pada 26 Ogos 1988 di Hospital Besar Seremban yang sekarang dikenali sebagai Hospital Tuanku Ja'afar. Saya Berasal dari Seremban, Negeri Sembilan dan sekarang menetap di Senawang. Saya merupakan anak keempat dari tujuh beradik. Saya pernah bersekolah di SK Temiang, SK Dato' Bandar Rasah, SM Dato Sheikh Ahmad, SMK Mambau, dan yang terakhir adalah SMK Taman Tuanku Ja'afar. Seterusnya menyambung pelajaran di Kolej Matrikulasi Melaka, Londang. Jurusan yang diambil ialah Pengurusan Perniagaan dalam bidang Perniagaan Antarabangsa. Tahun ini merupakan tahun terakhir saya berada di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Buat masa ini, hobi saya adalah pergi ke gim dan menghabiskan masa di dalam bilik. Makanan dan minuman kegemaran saya adalah semuanya yang halal dan tidak memilih. Saya tidak menjalin hubungan dengan sesesiapa atau saya masih belum berkahwin dan masih solo.

Oleh:- Buhari

No comments:

Post a Comment