Friday, May 28, 2010

Tajuk Tugasan

Tajuk yang dipilih ialah sejauhmana penglibatan Mahasiswa dan Mahasiswi UKM dalam aktiviti E-dagang. Tajuk ini dipilih kerana kami ingin mengkaji sama ada mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia menggarap peluang atau kelebihan yang terdapat di dalam aktiviti Perdagangan Elektronik (E-dagang). Persoalan bagi kajian kami adalah sama ada mahasiswa UKM faham akan konsep pembelian secara atas talian (E-dagang) dan melihat sejauhmana mereka melibatkan diri dalam aktiviti ini. Kaedah kajian yang akan kami gunakan adalah dengan mengedar borang kaji selidik di seluruh UKM.

Oleh:- Buhari

Pena keempat

Nama diberi Mohd Shafiq Bin Shamsuddin. Saya berasal dari Kuala Krai, Kelantan dan sekarang menetap di Machang. Saya menerima pendidikan awal di SK Yahya Petra 2, Kuala Krai sehingga darjah 6 kemudian menyambung pengajian di SMK Ismail Petra, Kota Bharu sehingga tingkatan 5. Saya merupakan anak yang pertama daripada tiga adik-beradik. Saya mengambil ijazah sarjana muda dalam jurusan Sains Sekitaran modul geosains di Fakulti Sains Dan Teknologi.





Oleh:- Shafiq

Pena ketiga



Nama saya ialah Siti Sarah bte Ahmad Rusli dan selalunya orang memanggil saya Sarah.Berasal dari Kajang Selangor tetapi kini menetap di Kota Kinabalu Sabah dan merupakan pelajar tahun ke-2 dalam jurusan Oleokimia Fakulti Sains, dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia,UKM.Dalam adik-beradik saya merupakan anak ke-3 dari 7 adik beradik dengan mempunyai seorang abang,seorang kakak dan 4 orang adik permpuan.


Saya sukakan aktiviti melancong lebih-lebih lagi melancong bersama keluarga.Aktiviti ini amat membantu untuk merapatkan silaturahim sesama ahli keluarga selain daripada seronok pergi ke tempat-tempat yang menarik.Akhir kata, salam perkenalan.

Oleh:- Siti Sarah


Monday, May 24, 2010

Pena ke-2


seorang hamba Allah telah di lahirkan pada 19 Januari 1987

dan diberi nama Mohd Farhan B Ab Razak. setelah sekian

lama menuntut akhirnya beliau telah melanjutkan pelajaran

di UKM dalam jurusan yang diminatinya iaitu Kejuruteraan

awam. sedar tidak sedar akhirnya beliau berada di tahun

akhir dalam pengajiannya. apa yang diharapkan agar segala
usahanya selama ini berjaya....amin......

Oleh:- Farhan

Pena pertama

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Nama saya ialah Mohammad Buhari bin Aris. Nama panggilan ialah Boo. Umur saya adalah 22 tahun. Saya lahir pada 26 Ogos 1988 di Hospital Besar Seremban yang sekarang dikenali sebagai Hospital Tuanku Ja'afar. Saya Berasal dari Seremban, Negeri Sembilan dan sekarang menetap di Senawang. Saya merupakan anak keempat dari tujuh beradik. Saya pernah bersekolah di SK Temiang, SK Dato' Bandar Rasah, SM Dato Sheikh Ahmad, SMK Mambau, dan yang terakhir adalah SMK Taman Tuanku Ja'afar. Seterusnya menyambung pelajaran di Kolej Matrikulasi Melaka, Londang. Jurusan yang diambil ialah Pengurusan Perniagaan dalam bidang Perniagaan Antarabangsa. Tahun ini merupakan tahun terakhir saya berada di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Buat masa ini, hobi saya adalah pergi ke gim dan menghabiskan masa di dalam bilik. Makanan dan minuman kegemaran saya adalah semuanya yang halal dan tidak memilih. Saya tidak menjalin hubungan dengan sesesiapa atau saya masih belum berkahwin dan masih solo.

Oleh:- Buhari

Pengenalan kepada Kumpulan Pena

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Ahli kumpulan Pena terdiri daripada empat orang pelajar iaitu Mohd Farhan b. Abd Razak, Mohammad Buhari bin Aris, Siti Sarah bte. Ahmad Rusli dan Mohd Shafiq bin Shamsuddin. Nama Pena dipilih kerana kami sebagai pelajar ingin mendalami ilmu dan mengasah bakat dalam membuat penulisan. Hasil penulisan yang bakal kami hasilkan diharap dapat dimanfaatkan oleh semua orang tidak kira golongan yang terpelajar ataupun tidak.

Oleh:- Buhari