Wednesday, June 30, 2010

Tugasan Kumpulan

Muat turun fail-fail tersebut di bawah:-

http://www.4shared.com/file/G6NWTQHM/Cover_page.html
http://www.4shared.com/file/J5Wh8Cxk/Kandungan__1_.html
http://www.4shared.com/file/8Yg7zsKH/Isi__Kumpulan_.html

Oleh:- Ahli Kumpulan EmpatPena

Monday, June 28, 2010

Alhamdulillah. Tamatlah sudah pengajian saya di UKM. Sekarang sudah tibalah masanya untuk menyara keluarga. Itu saja. Tak tahu nak tulis apa dah. Buat masa ni duduk rumah makan tidur saja.

Oleh:- Buhari

Sunday, June 20, 2010

gambar-gambar tandas zaman sekarang







bila manusia dah terlalu sibuk.....






















agak-agak ikan itu seronok ke dalam tangki itu??












bila manusia terlalu kreatif....











kalau salah masuk tandas juga tak tahulah....















anda semua mesti pernah buatkan aksi-aksi ini...










tugasan individu - Farhan

salam dan selamat pagi......
untuk mulakan hari yang ceria ini bolehlah memuat turun fail ini.
seronok dibaca.
selain dapat tambah ilmu di dada mengenai tandas..
jangan segan-segan memberi komen sekali ye...

tajuk tugasan:kajian tandas awam di UKM

http://www.4shared.com/document/mW3gWpF3/tandas_ukm.html



Saturday, June 19, 2010

Tugasan Individu - Buhari

Kelebihan dan kelemahan E-Dagang kepada Mahasiswa

Muat turun fail ini:

http://www.4shared.com/document/DoC5UH8w/Cover_page.html
http://www.4shared.com/file/ij3JDiNc/Kandungan.html
http://www.4shared.com/document/7kAanrUo/Perbincangan_E-dagang.html


Oleh:- Buhari

Slaid Pembentangan dan Video

Slaid dan video:-

Muat turun slaid di bawah:-

http://www.4shared.com/file/E3EPzIOH/Kemahiran_menulis.html



Oleh:- Ahli Kumpulan EmpatPena

Sunday, June 6, 2010

Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

sambungan dari akta suruhanjaya komunikasi dan multimedia 1998

akta ini adalah untuk melindungi hak pemilik dalam bidang komunikasi dan multimedia..

untuk maklumat yang lebih lanjut boleh lawati laman sesawang berikut:

akta suruhanjaya komunikasi dan multimedia 1998

akta ini mengandungi 6 bahagian iaitu:

permulaan
suruhanjaya
kuasa dan fungsi suruhanjaya
pekerja suruhanjaya
kewangan
am

Tarikh Perkenan Diraja pada 2 3 September 1998
Tarikh penyiaran dalam Warta pada 15 Oktober 1998

untuk keterangan lebih lanjut boleh la pergi laman sesawang berikut:

Saturday, June 5, 2010

Draft Tugasan Berkumpulan:-

Sejauhmana Penglibatan Mahasiswa/Mahasiswi UKM Dalam e-Dagang

1)Pengenalan

  • Apa itu e-dagang
  • Menggunakan resensi perpustakaan
  • Metodologi menggunakan borang kaji selidik
  • Tujuan dan objektif
  • Responden terdiri daripada pelajar UKM

2)Analisis data

  • Data daripada kaji selidik dipindahkan dalam bentuk jadual dan carta

3)Keputusan dan kesimpulan

  • Daripada carta dan jadual yang telah dibentuk,keputusan kajian dapat ditentukan
  • Kesimpulan kaji selidik dilakukan

4)Rumusan kajian

5)Rumusan

6)Lampiran

Oleh:- Siti Sarah

Friday, May 28, 2010

Tajuk Tugasan

Tajuk yang dipilih ialah sejauhmana penglibatan Mahasiswa dan Mahasiswi UKM dalam aktiviti E-dagang. Tajuk ini dipilih kerana kami ingin mengkaji sama ada mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia menggarap peluang atau kelebihan yang terdapat di dalam aktiviti Perdagangan Elektronik (E-dagang). Persoalan bagi kajian kami adalah sama ada mahasiswa UKM faham akan konsep pembelian secara atas talian (E-dagang) dan melihat sejauhmana mereka melibatkan diri dalam aktiviti ini. Kaedah kajian yang akan kami gunakan adalah dengan mengedar borang kaji selidik di seluruh UKM.

Oleh:- Buhari

Pena keempat

Nama diberi Mohd Shafiq Bin Shamsuddin. Saya berasal dari Kuala Krai, Kelantan dan sekarang menetap di Machang. Saya menerima pendidikan awal di SK Yahya Petra 2, Kuala Krai sehingga darjah 6 kemudian menyambung pengajian di SMK Ismail Petra, Kota Bharu sehingga tingkatan 5. Saya merupakan anak yang pertama daripada tiga adik-beradik. Saya mengambil ijazah sarjana muda dalam jurusan Sains Sekitaran modul geosains di Fakulti Sains Dan Teknologi.





Oleh:- Shafiq

Pena ketiga



Nama saya ialah Siti Sarah bte Ahmad Rusli dan selalunya orang memanggil saya Sarah.Berasal dari Kajang Selangor tetapi kini menetap di Kota Kinabalu Sabah dan merupakan pelajar tahun ke-2 dalam jurusan Oleokimia Fakulti Sains, dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia,UKM.Dalam adik-beradik saya merupakan anak ke-3 dari 7 adik beradik dengan mempunyai seorang abang,seorang kakak dan 4 orang adik permpuan.


Saya sukakan aktiviti melancong lebih-lebih lagi melancong bersama keluarga.Aktiviti ini amat membantu untuk merapatkan silaturahim sesama ahli keluarga selain daripada seronok pergi ke tempat-tempat yang menarik.Akhir kata, salam perkenalan.

Oleh:- Siti Sarah


Monday, May 24, 2010

Pena ke-2


seorang hamba Allah telah di lahirkan pada 19 Januari 1987

dan diberi nama Mohd Farhan B Ab Razak. setelah sekian

lama menuntut akhirnya beliau telah melanjutkan pelajaran

di UKM dalam jurusan yang diminatinya iaitu Kejuruteraan

awam. sedar tidak sedar akhirnya beliau berada di tahun

akhir dalam pengajiannya. apa yang diharapkan agar segala
usahanya selama ini berjaya....amin......

Oleh:- Farhan

Pena pertama

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Nama saya ialah Mohammad Buhari bin Aris. Nama panggilan ialah Boo. Umur saya adalah 22 tahun. Saya lahir pada 26 Ogos 1988 di Hospital Besar Seremban yang sekarang dikenali sebagai Hospital Tuanku Ja'afar. Saya Berasal dari Seremban, Negeri Sembilan dan sekarang menetap di Senawang. Saya merupakan anak keempat dari tujuh beradik. Saya pernah bersekolah di SK Temiang, SK Dato' Bandar Rasah, SM Dato Sheikh Ahmad, SMK Mambau, dan yang terakhir adalah SMK Taman Tuanku Ja'afar. Seterusnya menyambung pelajaran di Kolej Matrikulasi Melaka, Londang. Jurusan yang diambil ialah Pengurusan Perniagaan dalam bidang Perniagaan Antarabangsa. Tahun ini merupakan tahun terakhir saya berada di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Buat masa ini, hobi saya adalah pergi ke gim dan menghabiskan masa di dalam bilik. Makanan dan minuman kegemaran saya adalah semuanya yang halal dan tidak memilih. Saya tidak menjalin hubungan dengan sesesiapa atau saya masih belum berkahwin dan masih solo.

Oleh:- Buhari

Pengenalan kepada Kumpulan Pena

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Ahli kumpulan Pena terdiri daripada empat orang pelajar iaitu Mohd Farhan b. Abd Razak, Mohammad Buhari bin Aris, Siti Sarah bte. Ahmad Rusli dan Mohd Shafiq bin Shamsuddin. Nama Pena dipilih kerana kami sebagai pelajar ingin mendalami ilmu dan mengasah bakat dalam membuat penulisan. Hasil penulisan yang bakal kami hasilkan diharap dapat dimanfaatkan oleh semua orang tidak kira golongan yang terpelajar ataupun tidak.

Oleh:- Buhari